'Beri wang kepada sukarelawan tak salah'

Manogaran ketika melakukan lawatan di Felda Sungai Koyan 3,hari ini.
Manogaran ketika melakukan lawatan di Felda Sungai Koyan 3,hari ini.
A
A
A

LIPIS - Calon PH, M Manogaran menyifatkan pemberian wang kepada sukarelawan oleh individu yang dipercayai petugas parti itu tidak menyalahi undang-undang.

Menurutnya,tindakan tersebut bukan suatu masalah besar dan tindakan pembangkang menimbulkan isu terbabit dianggap satu perbuatan membuang masa.

"Kita akan memasukkan (perbelanjaan) itu dalam penyata akaun dan kita akan beri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tidak payah pembangkang membangkitkan isu ini dengan membuang masa membuat laporan polis, lebih baik menggunakan masa kempen yang singkat untuk berkempen,"katanya ketika melakukan lawatan ramah mesra di Felda Sungai Koyan 3,hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita selepas penyebaran gambar dalam media sosial sejak pagi semalam yang memaparkan seorang wanita memakai baju PH kepada memberikan wang kepada sukarelawan.

Situasi itu menyebabkan timbul pelbagai reaksi dan beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak antaranya Pemuda MIC dan Pemuda Umno Pahang,semalam.

Artikel Berkaitan: