Sekurang-kurangnya 43 maut termasuk 15 kanak-kanak dalam banjir kilat di Texas

Orang ramai melihat dengan penuh perhatian ketika pihak penguat kuasa undang-undang dan sukarelawan terus mencari orang hilang berhampiran Kem Mystic. Foto AFP
Orang ramai melihat dengan penuh perhatian ketika pihak penguat kuasa undang-undang dan sukarelawan terus mencari orang hilang berhampiran Kem Mystic. Foto AFP
A
A
A

TEXAS - Sekurang-kurangnya 43 orang, termasuk 15 kanak-kanak maut dalam kejadian banjir di Kerr County, negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan seorang pegawai pada Sabtu.

Syerif Larry Leitha berkata, 15 daripada mangsa adalah kanak-kanak, sambil memaklumkan lima kanak-kanak dan 12 dewasa masih belum dikenal pasti.

Pengurus Bandar Kerrville, Dalton Rice memaklumkan usaha mencari dan menyelamat kekal menjadi keutamaan di tengah Texas dengan pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang di sepanjang Sungai Guadalupe, menurut CNN.

Sebuah rumah yang rosak dilihat berhampiran Kem Mystic, lokasi di mana sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak hilang selepas banjir kilat di Hunt, Texas pada 5 Julai 2025. Foto AFP
Sebuah rumah yang rosak dilihat berhampiran Kem Mystic, lokasi di mana sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak hilang selepas banjir kilat di Hunt, Texas pada 5 Julai 2025. Foto AFP

"Kami benar-benar memberi tumpuan kepada keselamatan nyawa.

"Keutamaan kami ialah usaha mencari dan menyelamat setiap individu yang terlibat, dan kami akan meneruskan operasi sepanjang malam untuk memastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, 27 kanak-kanak dari Kem Mystic masih hilang ketika operasi menyelamat diteruskan susulan limpahan air deras Sungai Guadalupe yang melanda tapak perkhemahan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sebuah trak besar tersekat pada pokok selepas banjir kilat di tebing Sungai Guadalupe. Foto AFP
Sebuah trak besar tersekat pada pokok selepas banjir kilat di tebing Sungai Guadalupe. Foto AFP

"Kami telah menyelamatkan ratusan orang dari kem ini sepanjang hari,” kata Rice.

Banjir yang telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa itu bermula lewat Khamis dan berterusan hingga awal pagi Jumaat, apabila hujan lebat menyebabkan Sungai Guadalupe melimpah dengan mencapai paras lebih 11.8 meter. - Bernama-Anadolu

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!