Tangguh semua himpunan hingga 30 April: Muhyiddin

Perutusan khas Perdana Menteri berkaitan Covid-19 sebentar tadi.
Perutusan khas Perdana Menteri berkaitan Covid-19 sebentar tadi.
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian hingga 30 April 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, acara keagamaan bagi agama-agama lain yang membabitkan perhimpunan berskala besar juga mestilah mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

"Gelombang kedua COVID-19 telah bermula dengan melibatkan 175 kes. Wabak COVID-19 dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama," katanya menerusi perutusan khas berkaitan Covid-19 sebentar tadi.

Katanya, seramai 65 orang rakyat Malaysia yang berada di Iran dan 323 orang yang berada di Itali sedang dalam proses untuk dibawa pulang.

Beliau berkata, kerajaan sudah membawa pulang seramai 107 orang rakyat Malaysia dari sebahagian negara seperti China, Iran, Itali dan Korea Selatan.
Artikel Berkaitan: