Covid-19: Pasaran dolar Singapura beroperasi dalam ketidaktentuan

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA - Pasaran wang dolar Singapura dan pasaran tukaran asing berfungsi seperti biasa dalam persekitaran ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran kewangan global dan domestik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berkata, pasaran kewangan di seluruh dunia telah terjejas sebagai tindak balas kepada penularan koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, bank pusat berkata, ia telah memberi tahap kecairan yang lebih tinggi dalam sistem perbankan menerusi operasi pasaran wangnya dan kadar faedah dolar Singapura merosot seiring dengan kadar faedah global.

"Kadar nominal dolar Singapura telah turun secara teratur dalam paras jalur dasar MAS sejajar dengan keadaan ekonomi yang lemah," katanya.

MAS berkata, sentiasa bersedia untuk memastikan pasaran kewangan berfungsi dengan baik dan kestabilan sistem kewangan yang teratur di Singapura. -Bernama

Artikel Berkaitan: