Dolar Singapura 'raja' di Malaysia

JOHOR BAHRU - Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) seakan-akan memberi satu rahmat kepada peniaga di negeri ini.
Peningkatan nilai Dolar Singapura (SGD) berbanding ringgit menyebabkan kuasa beli rakyat di negara republik itu semakin meningkat.
Oleh kerana itu, rata-rata warga Singapura berduyun-duyun masuk negeri ini, bukan sahaja untuk membeli-belah di pasar-pasar raya, malah bagi menikmati makanan dan minuman yang murah disebabkan kadar pertukaran mata wang.
Berdasarkan tinjauan Sinar Ahad, rata-rata peniaga tempatan di negeri ini mengakui menerima peningkatan jumlah pengunjung dari negara jiran itu, sekali gus meningkat hasil pendapatan mereka.