Nahas bas persiaran: Pemandu bas persiaran direman 3 hari

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membenarkan reman selama tiga hari terhadap pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam kelmarin.
Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membenarkan reman selama tiga hari terhadap pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam kelmarin.
A
A
A

BATU PAHAT - Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membenarkan reman selama tiga hari terhadap pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam kelmarin.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap lelaki berusia 35 tahun itu.

Suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis trafik, sebelum dilihat keluar sejam kemudian.

Dalam kejadian pada jam 12.27 tengah malam Rabu itu, dua pekerja ladang warga Indonesia maut manakala seorang lagi putus tangan kiri selepas bas persiaran yang dipandu lelaki berkenaan merempuh belakang sebuah lori tangki yang sedang ditunda akibat kerosakan.

Mereka yang maut ialah Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, manakala seorang lagi mangsa lelaki, Nusiah, 43, putus tangan kiri.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 14 penumpang lain mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibenarkan keluar sejak pagi Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!