Kerajaan teliti bantuan kepada pekebun kecil terjejas akibat Covid-19

Khairudin (tengah) ketika diraikan pada Majlis Jamuan Rakyat sempena pelantikan beliau sebagai menteri di Seberang Takir, hari ini.
Khairudin (tengah) ketika diraikan pada Majlis Jamuan Rakyat sempena pelantikan beliau sebagai menteri di Seberang Takir, hari ini.
A
A
A

KUALA NERUS - Kerajaan meneliti untuk menyalurkan bantuan kepada golongan terjejas terutama pekebun kecil akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkara itu akan diberi fokus dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

"Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan meneliti bagi menyalurkan bantuan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

"Ia seterusnya akan dinilai serta diperincikan secara keseluruhan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Jamuan Rakyat sempena pelantikan beliau sebagai menteri di Seberang Takir di sini.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata, bantuan wang ihsan tidak hanya berfokus kepada pekebun kecil sahaja.

"Bantuan wang ihsan bukan tertakluk kepada pekebun kecil sahaja, ia merangkumi mana-mana yang terlibat dan terkesan dengan Covid-19 sehingga tidak boleh bekerja," katanya.

Artikel Berkaitan: