Dua beranak ditemui reput dipercayai mati lebih seminggu

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini Isnin lepas, telah meninggal dunia lebih seminggu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, ia berdasarkan laporan bedah siasat ke atas dua beranak itu semalam.
"Doktor juga tidak dapat memastikan punca kematian kerana keadaan mayat sudah reput,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Sebelum ini, polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun di pangsapuri itu, susulan aduan bau busuk daripada orang awam.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau luka ditemukan pada badan dua beranak itu, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
