Wanita New Zealand cedera jatuh Air Terjun Kanching

RAWANG - Seorang wanita warga New Zealand cedera selepas terjatuh di ketinggian kira-kira enam meter di Air Terjun Kanching, di sini, pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 11.52 pagi.
"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa iaitu seorang wanita berusia 52 tahun merupakan warga New Zealand telah terjatuh di air terjun berketinggian kira-kira enam meter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa alami kecederaan di kaki kiri, tangan kiri dan tulang belakang.
Jelasnya, mangsa dalam keadaan sedar dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
