Kes bunuh penuntut universiti: Tiga termasuk dua wanita diberkas

Tangkap layar rakaman video kehadiran polis berhubung penemuan mayat seorang penuntut wanita di kediamannya Selasa lalu.
Tangkap layar rakaman video kehadiran polis berhubung penemuan mayat seorang penuntut wanita di kediamannya Selasa lalu.
A
A
A

SEPANG – Polis berjaya memberkas tiga individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang penuntut universiti.

Penahanan ketiga-tiga individu itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan, bermula jam 9 pagi Khamis hingga 2 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun.

Menurutnya, tangkapan dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis diterima.

“Kesemua suspek akan dipohon tahanan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Polis padaKhamis, melakukan tinjauan semula di lokasi kejadian kes pembunuhan seorang penuntut universiti.
Polis padaKhamis, melakukan tinjauan semula di lokasi kejadian kes pembunuhan seorang penuntut universiti.

Tambahnya, polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, polis menerima laporan berhubung kes berkenaan pada jam 10.28 pagi, Selasa lalu, berhubung penemuan mayat seorang penuntut wanita sebuah universiti di unit kediamannya di Cyberjaya.

Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk di unit kediaman mangsa yang berusia 20 tahun itu.

Namun begitu, terdapat kecederaan ketara di bahagian kepala mangsa dan mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat hentakan kuat di kepala dan tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan unsur serangan seksual.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!