Restoran guna logo halal tanpa kelulusan diserbu

KPDN Kelantan menyerbu sebuah restoran yang menggunakan logo halal tanpa kelulusan yang sah di Kota Bharu pada Khamis.
KPDN Kelantan menyerbu sebuah restoran yang menggunakan logo halal tanpa kelulusan yang sah di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU – Taktik sebuah restoran di sini yang menggunakan logo halal tanpa kelulusan sah untuk mengelirukan pelanggan terbongkar apabila premis itu diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Khamis.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, operasi yang dijalankan pada jam 11 pagi itu turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

"Pemeriksaan mendapati premis terbabit mempamerkan logo halal tanpa sijil pengesahan yang sah. Turut dirampas ialah salinan lesen SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), lesen PBT (pihak berkuasa tempatan), pelekat dan kain rentang yang tertera logo perbahasan halal," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan telah melanggar Perintah 8(a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!