China larang 'power bank' tanpa sijil sah dalam penerbangan domestik

China akan menguatkuasakan larangan membawa 'power bank' yang tidak mempunyai pensijilan sah bermula Sabtu dalam semua penerbangan domestik. Gambar hiasan
China akan menguatkuasakan larangan membawa 'power bank' yang tidak mempunyai pensijilan sah bermula Sabtu dalam semua penerbangan domestik. Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING – China akan menguatkuasakan larangan membawa 'power bank' yang tidak mempunyai pensijilan sah bermula Sabtu dalam semua penerbangan domestik.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) menegaskan hanya power bank yang mempunyai tanda pensijilan wajib China (CCC) akan dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.

Menurut kenyataan CAAC yang dipetik oleh CNA, langkah itu diambil susulan beberapa insiden kebakaran dalam pesawat yang dikaitkan dengan penggunaan power bank tidak selamat.

“Penumpang tidak lagi dibenarkan membawa power bank yang tidak mempunyai pensijilan CCC.

"Peranti dengan label CCC yang pudar, tidak dapat dibaca atau termasuk dalam senarai penarikan balik juga akan dilarang,”katanya.

Beberapa kejadian kebakaran dan asap baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan.

Ia termasuk insiden pada 31 Mei apabila pesawat China Southern Airlines dari Hangzhou ke Shenzhen terpaksa berpatah balik hanya 15 minit selepas berlepas disebabkan asap yang dipercayai berpunca daripada power bank dan bateri kamera milik penumpang.

Dua bulan sebelumnya, penerbangan Hong Kong Airlines dari Hangzhou ke Hong Kong terpaksa dilencongkan ke Fuzhou selepas kebakaran berlaku di ruang bagasi atas yang juga dikaitkan dengan power bank.

CAAC menjelaskan bahawa peningkatan penggunaan power bank yang tidak disahkan menimbulkan risiko keselamatan yang serius dalam penerbangan awam.

Artikel Berkaitan:

Bagi memastikan pematuhan peraturan baru ini, penumpang yang gagal menunjukkan pensijilan CCC yang sah tidak dibenarkan menaiki pesawat.

CAAC turut mengarahkan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan untuk memperhebatkan kempen kesedaran mengenai bahaya kebakaran yang berpunca daripada power bank.

Pihak lapangan terbang juga diminta untuk memperketatkan pemeriksaan dan menambah baik kemudahan pengecasan di terminal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!