Polis buru suspek pecah tabung masjid, surau

SEREMBAN - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid dan surau di sekitar daerah ini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kes berkenaan.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek merupakan seorang lelaki tidak pasti telah masuk dan memecahkan tabung masjid dan surau di sekitar daerah ini," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu Mohamad Hatta berkata, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek kes ini disarankan agar tampil memberi maklumat kepada pihak polis di talian 06-603 3222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

