Gencatan senjata Iran-Israel hanya wayang semata-mata

Iran melancarkan gelombang serangan misil kelima ke atas Beersheba di selatan Israel sebelum gencatan senjata sebelah pihak itu berkuat kuasa pada Selasa. - Foto AFP
Iran melancarkan gelombang serangan misil kelima ke atas Beersheba di selatan Israel sebelum gencatan senjata sebelah pihak itu berkuat kuasa pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Israel sememangnya menanti peluang untuk kembali membedil Iran selepas ia menuduh Teheran melanggar gencatan senjata yang hanya dipersetujui sebelah pihak.

Menteri Pertahanan, Israel Katz pada Selasa mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bertindak balas dengan lebih agresif atas pencabulan tempoh bertenang itu yang ternyata hanya wayang semata-mata.

Zionis mendakwa Teheran masih melancarkan misil ke Tel Aviv selepas gencatan senjata 'syok sendiri' itu berkuat kuasa.

"Saya mengarahkan pasukan tentera kami agar membedil semula sasaran di tengah ibu kota Iran," katanya dengan angkuh.

IDF mendakwa dua misil dilancarkan dari Teheran hingga mencetuskan siren amaran di kawasan utara Tel Aviv hingga mengakibatkan penduduk setempat bertempiaran lari mencari tempat berlindung, beberapa jam setelah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan tempoh bertenang tersebut.

Agensi berita ISNA di Iran bagaimanapun menepis dakwaan dibuat Israel yang disifatkan sebagai satu tuduhan palsu.

Penafian sama juga dibuat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran yang menyatakan Israel terpaksa akur dengan kekalahan mereka menerusi tawaran gencatan senjata secara unilateral yang dibuat Trump.

Menurutnya, Angkatan Tentera Iran sentiasa siap siaga untuk bertindak tegas terhadap sebarang serangan provokasi musuh mereka itu. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!