'Tak pakai coli, tak boleh duduki ujian'

ABUJA - Sebuah universiti dikecam setelah video tular memaparkan sekumpulan pelajar terpaksa beratur untuk menjalani 'pemeriksaan coli' sebelum dibenarkan menjalani ujian.
Penuntut Olabisi Onabanjo University (OOU) di negeri Ogun, barat daya Nigeria mengesahkan kepada CNN tentang insiden itu.
Menerusi klip itu, seorang pelajar yang sedang beratur dikeluarkan daripada barisan tersebut selepas pemeriksaan 'tiada bra, tidak boleh duduki ujian' berkenaan.
Pemimpin Kesatuan Pelajar, Muizz Olanrewaju Olatunji menerusi catatan di platform X mendedahkan ia bukanlah polisi baharu di OOU.
"Ia bertujuan menggalakkan polisi kod pakaian bagi mengekalkan persekitaran 'bebas penampakan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya' mengikut garis panduan institusi tersebut," ujarnya.
Sementara itu, peguam hak asasi manusia, Inibehe Effiong menyifatkan pemeriksaan sebegitu sebagai satu bentuk gangguan seksual.
"Tindakan itu yang semata-mata mahu mematikan pelajar memakai coli atau tidak bukan sahaja merendahkan martabat tetapi juga tidak bermaruah," tegasnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

