Pertamina Indonesia rancang laluan alternatif jika Selat Hormuz ditutup

Fadjar Djoko Santoso - Foto: Agensi
Fadjar Djoko Santoso - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Syarikat minyak dan gas milik Indonesia, PT Pertamina akan menukar laluan pengangkutan minyaknya kepada laluan pelayaran yang lebih selamat, seperti melalui Oman atau India, sekiranya Selat Hormuz ditutup, kata seorang jurucakap pada Isnin.

Naib Presiden Komunikasi Korporat PT Pertamina, Fadjar Djoko Santoso berkata, semua kapal syarikat itu akan menggunakan laluan alternatif yang menjamin keselamatan kapal dan anak kapal, lapor Xinhua.

Fadjar membuat kenyataan itu selepas Parlimen Iran memberi kelulusan untuk kemungkinan penutupan Selat Hormuz kepada aktiviti pelayaran, sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran.

"Pertamina mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan keselamatan kapal kami dan mengalihkan laluan ke laluan selamat melalui Oman dan India,” katanya kepada wartawan.

Jurucakap itu berkata, bekalan minyak mentah domestik untuk pengeluaran masih mencukupi dan terjamin.

"Secara keseluruhan, bekalan minyak mentah kami masih terkawal,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!