Polis siasat video bas pandu melulu di Jalan Duta-Mont Kiara

Tular video di media sosial memaparkan sebuah bas didakwa mengubah haluan secara tiba-tiba sehingga dipercayai hampir mengakibatkan berlakunya kemalangan.
Tular video di media sosial memaparkan sebuah bas didakwa mengubah haluan secara tiba-tiba sehingga dipercayai hampir mengakibatkan berlakunya kemalangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Jalan Duta–Mont Kiara, di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, semakan terhadap video tular tersebut mendapati tiada laporan polis dibuat setakat ini berhubung kejadian itu.

“Pemandu kedua-dua kenderaan sedang dikesan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berhubung kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah bas didakwa menukar lorong secara tiba-tiba sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Kejadian berkenaan dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan, sebelum video tersebut menjadi tular di media sosial.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden tersebut.

Menurut mereka, tindakan pemandu bas itu jelas membahayakan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!