Polis berkas warga emas pandu melulu

Tangkap layar pemandu warga emas didapati memandu secara melulu dan berbahaya.
Tangkap layar pemandu warga emas didapati memandu secara melulu dan berbahaya.
A
A
A

BATU PAHAT – Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang disyaki memandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Sri Bengkal, Parit Yaani, Batu Pahat, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, lelaki itu berjaya dikesan dan ditahan di Taman Cemerlang Jaya, di sini, sekitar jam 4.10 petang.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8 Mac 2025, kira-kira jam 8.19 pagi, ketika lelaki tersebut memandu dari arah Parit Yaani menghala ke Sri Medan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek bebas daripada sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Terdahulu, video durasi 19 minit itu memaparkan sebuah kereta yang memandu secara melulu dan membahayakan di lokasi.

Video berkenaan turut tular di media sosial hingga dapat pelbagai respon daripada warganet.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Polis turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!