Penunggang motosikal maut kemalangan di Lebuhraya Linkedua

Seorang lelaki warga tempatan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 5.8 Lebuhraya Linkedua arah Tuas, pagi Ahad. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga tempatan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 5.8 Lebuhraya Linkedua arah Tuas, pagi Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 5.8 Lebuhraya Linkedua arah Tuas, pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 pagi.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna kelabu dipercayai hilang kawalan ketika berada di lorong kanan menghala ke Singapura.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Polis turut memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!