Buli meningkat, empati menurun: Apa sudah jadi dengan budaya sekolah?

Apa yang lebih membimbangkan adalah perubahan bentuk buli yang semakin kompleks.
Apa yang lebih membimbangkan adalah perubahan bentuk buli yang semakin kompleks.
A
A
A

KETIKA kes buli dalam kalangan pelajar sering kali dilapor dan diviralkan, persoalan yang lebih besar perlu ditanya adalah mengenai budaya di sekolah.

Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat mendidik, melindungi dan membentuk sahsiah kini kelihatan seakan-akan menjadi ruang untuk budaya membuli rakan sendiri tanpa rasa bersalah.

Apa yang lebih membimbangkan adalah perubahan bentuk buli yang semakin kompleks.

Jika dahulu buli melibatkan tolak-menolak atau ejekan secara langsung, hari ini ia lebih licik dan menyakitkan.

Pada Sabtu, polis sedang menyiasat kejadian buli membabitkan sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Klang, Selangor selepas rakaman video insiden tersebut tular di media sosial pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

"Semakan mendapati video berkenaan dimuat naik di aplikasi Facebook dan memaparkan aksi pergaduhan yang berlaku di dalam tandas sekolah, melibatkan pelajar perempuan dari sekolah sama.

"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam banyak kes, pelajar tidak lagi sekadar bertindak membuli, tetapi sudah hilang empati terhadap kesan perbuatan mereka.

Pelajar yang sepatutnya saling menyokong kini menjadi punca kecederaan emosi rakan sendiri.

Hilangnya nilai belas kasihan dan hormat antara pelajar menunjukkan bahawa budaya empati semakin terhakis dalam sistem pendidikan hari ini.

Soalnya, bagaimana budaya buli ini boleh berakar? Nilai moral yang dulunya diajar secara berterusan kini semakin tenggelam.

Jika buli terus meningkat dan empati terus menurun, kita bukan hanya kehilangan pelajar, tetapi juga kehilangan nilai kemanusiaan dalam sistem pendidikan itu sendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!