Meninggal dunia ketika laungkan azan

SUKOHARJO - Seorang bilal berdepan kematian dicemburui ketika sedang melaungkan azan.
Setu Rusdyanto yang mesra disapa Mbah Setu, warga Desa Sanggrahan, Kecamatan Grogol, Kabupaten meninggal dunia pada usia 69 tahun di Masjid Mujahidun Manang pada jam 2.50 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu.
Detik akhir Mbah Setu turut dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular di media sosial.
Dia rebah secara tiba-tiba dan cuba dibantu beberapa penduduk, namun sudah tidak bernyawa lagi.
Klip yang tersebar di beberapa platform media sosial menunjukkan Mbah Setu 'terhenti' tepat pada lafaz buat kali kedua, Assolatu Khairun Minannaum (solat itu lebih baik daripada tidur).
Rakaman tersebut mengundang rasa sebak warganet.
Kebanyakan daripada mereka menyebut kejadian itu sebagai contoh meninggal dunia dalam keadaan diredhai ALLAH.
Jenazah Mbah Setu disemadikan di tanah perkuburan di kawasan Masaran, Kabupaten Sragen. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

