'Content creator' jumpa mayat remaja semasa buat siaran langsung TikTok

Niko (tiga dari kanan) dalam satu sidang media pada Ahad.
Sumber gambar daripada Kompas TV.
Niko (tiga dari kanan) dalam satu sidang media pada Ahad. Sumber gambar daripada Kompas TV.
A
A
A

JAKARTA – Seorang pelajar sekolah menengah pertama (SMP) ditemui maut di kawasan bekas pusat pelancongan Kampung Gajah yang terletak di Jalan Sersan Bajuri, Cihideung, Kabupaten Bandung Barat pada Jumaat.

​Mayat pelajar Tingkatan Satu itu ditemukan buat kali pertama oleh seorang pencipta kandungan yang sedang melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok kira-kira jam 8.45 malam waktu tempatan.

​Saksi dilaporkan berada di lokasi berkenaan bagi menghasilkan kandungan bertemakan seram.

Bagaimanapun, ketika sedang melakukan siaran langsung, saksi menjumpai mayat tersebut yang terbaring di dalam kawasan pelancongan yang kini terbiar itu.

Kapolres Cimahi, AKBP Niko N Adi Putra sebagai ketua polis daerah berkenaan mengesahkan laporan penemuan mayat tersebut ketika dihubungi pihak media pada Sabtu.

"Betul, malam tadi kami menerima laporan mengenai penemuan mayat," katanya.

Ujar Niko, pihak polis masih belum dapat memberikan butiran lanjut mengenai punca kejadian.

Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Polis (RS Polri) Sartika Asih, Kota Bandung.

​Berdasarkan maklumat awal yang dikumpul identiti mangsa dikenal pasti sebagai seorang remaja lelaki dengan singkatan nama ZAA, yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Kota Bandung.

Artikel Berkaitan:

​Bagaimanapun, Niko menerusi laporan media Kompas TV, mendedahkan bahawa motif utama pembunuhan tersebut adalah berpunca daripada perasaan sakit hati susulan tindakan mangsa memutuskan hubungan persahabatan mereka.

​Menurut Niko, hasil siasatan awal mendapati suspek utama yang dikenali sebagai YA (16), mengaku menyimpan dendam terhadap mangsa setelah remaja itu menyatakan hasrat untuk menamatkan persahabatan yang telah terjalin selama kira-kira tiga tahun.

Sebelum ini, hubungan antara mangsa dan pelaku dikatakan sangat rapat, malah dianggap seperti adik-beradik oleh keluarga mangsa.

Kedua-duanya pernah bersekolah bersama di Garut sebelum mangsa berpindah ke Bandung.

Setakat ini, pihak polis masih memperincikan keterangan daripada suspek bagi melengkapkan kertas siasatan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan pembunuhan terancang.

 

 

Ringkasan AI

  • Pelajar SMP ditemui maut di bekas pusat pelancongan Kampung Gajah, Bandung Barat
  • Mayat ditemukan oleh pencipta kandungan TikTok ketika siaran langsung
  • Kapolres Cimahi, AKBP Niko N Adi Putra, mengesahkan laporan penemuan mayat
  • Motif pembunuhan berpunca dari perasaan sakit hati akibat putus persahabatan
  • Suspek utama, YA (16), mengaku dendam setelah mangsa ingin akhiri persahabatan tiga tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!