Pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah, samun diberkas

Sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan samun rantai emas di sekitar daerah Melaka Tengah diberkas polis baru-baru ini.
Sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan samun rantai emas di sekitar daerah Melaka Tengah diberkas polis baru-baru ini.
A
A
A

MELAKA – Sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan samun rantai emas di sekitar daerah Melaka Tengah diberkas polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu pada 28 Mei 2025.

Menurutnya, bertindak atas risikan dan maklumat awam pada 4 Jun lalu, pasangan berusia 24 dan 31 tahun itu ditahan di Kuala Kurau, Perak.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah pelbagai barangan kes seperti peralatan elektrik, perkakas perabot rumah, seutas rantai tangan emas, dua buah kereta, lima keping resit pajak gadai serta lima unit telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pasangan tersebut dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah sejak Januari 2025.

Katanya, dengan penahanan ini, polis berjaya menyelesaikan tiga kes di Melaka Tengah dan empat kes lain di luar Kontinjen Melaka.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan, serta Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun, yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga 14 tahun, denda atau sebat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!