Percaya khabar angin, 44 maut minum alkohol beracun di Iran

Anggota Kabinet Iran memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19 ketika menghadiri mesyuarat di Teheran hari ini. - Foto AFP
Anggota Kabinet Iran memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19 ketika menghadiri mesyuarat di Teheran hari ini. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Sekurang-kurangnya 44 dilaporkan maut manakala ratusan lagi dimasukkan ke hospital di Iran akibat terminum alkohol beracun yang digunakan untuk merawat koronavirus (Covid-19) selepas wabak itu telah meragut hampir 300 nyawa dan menjangkiti lebih 8,000 individu di Teheran.

Insiden itu berlaku selepas terdapat khabar angin yang mendakwa pengambilan alkohol boleh menyembuhkan atau mencegah jangkitan virus tersebut.

Pegawai di Kementerian Kesihatan, Ali Ehsanpour berkata, seramai tujuh suspek yang menghasilkan alkohol beracun menggunakan bahan peluntur menggantikan metanol dan etanol itu telah ditahan pihak berkuasa.

Di Khuzestan, jumlah korban akibat keracunan alkohol itu adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 36 kematian berbanding 18 direkodkan meninggal dunia kerana virus tersebut.

Difahamkan, khabar angin tentang minuman beracun itu turut tersebar di seluruh media sosial India dan salah satu daripadanya turut mencadangkan menyembur alkohol atau klorin untuk mencegah virus daripada memasuki tubuh. - Agensi

Artikel Berkaitan: