New York kerah Pengawal Negara bendung Covid-19

Kesemua kemudahan awam di dalam zon lingkungan itu akan ditutup selama dua minggu bermula esok. - Foto AFP
Kesemua kemudahan awam di dalam zon lingkungan itu akan ditutup selama dua minggu bermula esok. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Bandar raya New York mengerahkan pasukan Pengawal Negara buat pertama kali untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19), menurut Gabenor Andrew Cuomo semalam.

Cuomo berkata, pihak berkuasa akan menetapkan ‘zon pembendungan’ kira-kira 1.6 kilometer di sekitar kawasan pusat wabak di New Rochelle di pinggir bandar Westchester.

“Kesemua kemudahan di dalam zon lingkungan itu akan ditutup selama dua minggu bermula hari ini. Pengawal Negara ditugaskan untuk menghantar bekalan makanan kepada penduduk dan membantu membersihkan tempat awam,” ujarnya lagi.

Difahamkan, langkah itu dibuat selepas New York kini merekodkan 173 kes jangkitan dan 108 daripadanya di New Rochelle, Westchester. - AFP

Artikel Berkaitan: