Iran tahan ejen Mossad, rampas 200kg bahan letupan

Dron melewati bangunan yang musnah susulan serangan Iran di bandar Bat Yam, selatan Tel Aviv, pada Ahad. Foto AFP
Dron melewati bangunan yang musnah susulan serangan Iran di bandar Bat Yam, selatan Tel Aviv, pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Polis Iran menahan dua ejen Mossad dalam dua operasi berasingan yang turut membawa kepada rampasan sejumlah besar bahan letupan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jurucakap Markas Pemerintahan Polis Iran, Sa’eed Montazer al-Mahdi berkata pada Ahad bahawa kedua-dua ejen berkenaan telah dikenal pasti dan ditahan di Fashafuyeh, Daerah Ray, wilayah Tehran.

Menurut beliau, lebih 200 kilogram bahan letupan serta peralatan untuk 23 dron, pelancar dan pelbagai kelengkapan lain telah dirampas daripada suspek. Sebuah trak pikap Nissan turut disita.

Rejim Israel sebelum ini memulakan serangan ke dalam wilayah Iran, termasuk ke atas bangunan kediaman, dalam tindakan pencerobohan tanpa provokasi yang berlaku pada malam 13 Jun lalu.

Sejak itu, ejen agensi perisikan Israel dilaporkan cuba melancarkan sabotaj di dalam Iran, termasuk menggunakan dron kecil yang membawa bahan letupan bagi menyerang beberapa lokasi.

Terdahulu pada Ahad, dua lagi ejen Mossad turut ditahan di Daerah Savojbolagh, Wilayah Alborz yang bersempadan dengan Wilayah Tehran.

Iran kini melancarkan serangan balas jauh ke dalam wilayah Israel dengan menyasarkan Tel Aviv, Baitulmaqdis, Haifa dan beberapa kawasan lain menggunakan peluru berpandu balistik dan dron. Aktiviti harian di wilayah-wilayah yang diduduki lumpuh apabila penduduk Israel terpaksa menghabiskan masa seharian di tempat perlindungan bom bawah tanah. - Bernama-IRNA

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!