Muhyiddin, King Sing bertemu esok

Muhyiddin (kiri) dan King Sing
Muhyiddin (kiri) dan King Sing
A
A
A
PUTRAJAYA - Satu pertemuan akan diadakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang menolak tawaran jawatan Timbalan Menteri Perpaduan, esok.

Muhyiddin berkata, ahli Parlimen itu menyuarakan hasrat masih mahu berkhidmat untuk rakyat dalam kapasiti berbeza.

"Kita akan bincang dalam pertemuan esok," katanya.

Menurutnya, kerajaan akan mencari pengganti King Sing untuk diperkenankan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Kami terima (penolakan jawatan)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: King Sing tolak lantikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara

Semalam, King Sing satu-satunya individu tidak menghadirkan diri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati.

Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Nelson Balang Rining mengesahkan King Sing menolak lantikan jawatan itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan kedudukan King Sing sebagai Presiden parti selain telah lama berkhidmat sebagai ahli Parlimen.

AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan: