Bukit Aman jalankan siasatan kes 12 anggota polis ditahan SPRM

Laporan berkaitan penahanan 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Laporan berkaitan penahanan 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut berhubung kes 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan itu melibatkan pemilikan aset, dokumen pekerjaan dan pergerakan anggota yang terbabit sama ada mereka mematuhi Peraturan dan Standard Operasi (SOP) Polis Diraja Malaysia.

“Jika ada antara mereka tidak mematuhi peraturan, tindakan tatatertib boleh diambil. Selain itu, sekiranya dituduh di mahkamah, mereka akan dikenakan hukuman tahan kerja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: 12 pegawai, anggota polis Pulau Pinang direman tujuh hari

SPRM tahan 12 anggota polis di Pulau Pinang

Bagaimanapun, Zamri berkata, tindakan tahan kerja boleh diambil atas dasar kepentingan awam dan tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.

Semalam, Bernama melaporkan 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: