SPRM tahan 12 anggota polis di Pulau Pinang

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seramai 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, mereka ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa.

“Saya sahkan ada antara mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai dan anggota polis... kes ini sedang disiasat,” katanya yang enggan mengulas lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: