[VIDEO] Rasuah: 12 pegawai, anggota polis Pulau Pinang direman tujuh hari

Anggota SPRM mengiringi suspek ke Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi tadi.
Anggota SPRM mengiringi suspek ke Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Seramai 12 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu kesemua pegawai dan anggota polis berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kira-kira jam 10.40 pagi dengan menaiki sebuah van dan kereta dengan diiringi pegawai SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan 12 anggota polis di Pulau Pinang

Mereka kemudiannya meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari.

Semalam media melaporkan SPRM menahan 12 individu termasuk seorang pegawai kanan berpangkat Superintendan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta rasuah bagi melindungi pemilik syarikat yang melanggar kesalahan jalan raya dan lain-lain kesalahan di sekitar Pulau Pinang.

Mereka juga turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dilaksanakan pihak polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 31 hingga 59 itu ditahan sekitar jam 9 pagi hingga 5.55 petang di lapan lokasi berasingan sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Putrajaya.

Artikel Berkaitan: