Nahas pelajar UPSI: Kerajaan salur bantuan tambahan RM10,000 kepada waris

PUTRAJAYA - Kerajaan menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Gerik.
Menerusi hantaran di laman sosial, beliau berkata, bantuan RM5,000 pula akan diberikan kepada mangsa yang cedera.
"Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini," katanya.
Kejadian tragis pada Isnin menyaksikan seramai 15 pelajar UPSI meninggal dunia manakala tujuh mengalami cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan jam 1.15 pagi.
Bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu dipercayai hilang kawalan, sebelum melanggar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV).

