Polis siasat pergaduhan penduduk Kampung Jawa, kontraktor WCE

Polis Klang Selatan terima dua laporan mengenai pergaduhan antara penduduk Kampung Jawa dan kontraktor WCE - Gambar hiasan
Polis Klang Selatan terima dua laporan mengenai pergaduhan antara penduduk Kampung Jawa dan kontraktor WCE - Gambar hiasan
A
A
A

KLANG – Polis menerima dua laporan berhubung satu pergaduhan antara pihak kontraktor dan orang ramai di Kampung Jawa, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, pihaknya terkesan dengan video yang memaparkan pertelingkahan antara kedua-dua pihak berdurasi 24 saat pada Selasa.

Beliau berkata, pergaduhan itu melibatkan penduduk Kampung Jawa dengan kontraktor yang dilantik oleh Syarikat West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE).

“Ekoran daripada pertelingkahan tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menerima dua laporan polis.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah menjalankan siasatan membabitkan kedua-dua laporan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Dalam memastikan ketenteraman awam dipelihara, katanya, IPD Klang Selatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.

Selain itu, menurutnya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan awam.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!