Kongsi masalah rumah tangga sebelum berlaku tragedi

Mohamad Khairul Azmi (tengah) diiringi polis di Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa atas tuduhan membunuh isterinya, Iecah Junus (kanan).
Mohamad Khairul Azmi (tengah) diiringi polis di Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa atas tuduhan membunuh isterinya, Iecah Junus (kanan).
A
A
A

SATU lagi kejadian menggemparkan negara membabitkan pasangan suami isteri berlaku minggu lalu. Seorang wanita, Iecah Junus, 34, maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di Bukit Gambir, Tangkak, Johor. Kejadian yang sangat tragis ini mengundang simpati rakyat Malaysia.

Di mana hilangnya pertimbangan dan kewarasan seorang suami hingga sanggup bertindak kejam terhadap isterinya?

Berdasarkan siasatan polis, ia dikatakan berpunca daripada konflik dalaman keluarga dihadapi pasangan terbabit yang membawa kepada tindakan luar kawalan sehingga mengorbankan nyawa.

Bukan itu saja, dia turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.

Menurut laporan media, suspek dikatakan seorang penganggur dan mempunyai rekod lampau di Putrajaya di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,800.

Masyarakat tidak boleh memandang remeh isu begini kerana hilang pertimbangan sehingga bertindak di luar kewarasan boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Pengesanan awal punca atau perkongsian masalah sebenarnya boleh dijadikan kaedah untuk menyelesaikan konflik membabitkan keluarga seperti ini. Dalam erti kata lain, sokongan ahli keluarga amatlah penting, setidak-tidaknya untuk meringankan beban yang ditanggung.

Tekanan hidup, masalah kewangan dan kurangnya sistem sokongan sosial menjadi pencetus kepada krisis rumah tangga yang akhirnya berakhir dengan tragedi.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah pentingnya intervensi awal. Peranan kaunseling keluarga juga tidak boleh dipandang sepi kerana dalam banyak kes, kita mendapati masih ramai yang memandang remeh atau rasa malu untuk meluah masalah rumah tangga. Ada yang merasakan tiada keperluan untuk mengadakan sesi seperti itu.

Artikel Berkaitan:

Institusi keluarga perlu diperkukuh dengan kasih sayang, komunikasi terbuka dan sokongan berterusan. Agensi berkaitan juga harus lebih proaktif mendekati komuniti, khususnya golongan berisiko.

Kita semua perlu memperakui ada pihak bertauliah yang boleh memberi khidmat terbaik menerusi sesi kaunseling, motivasi dan perkongsian sebagai jalan awal mengelakkan masalah menjadi lebih parah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!