UDA salur sumbangan kepada masjid sempena Majlis Qurban 2025

Johari bergambar kenangan bersama kakitangan UDA serta jemaah kariah masjid sebelum memulakan aktiviti ibadah korban.
Johari bergambar kenangan bersama kakitangan UDA serta jemaah kariah masjid sebelum memulakan aktiviti ibadah korban.
A
A
A

JOHOR BAHRU - UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan sumbangan kepada Masjid Jamek Bandar Baru UDA sempena Majlis Qurban UDA 2025 yang diadakan bagi mengimarahkan komuniti setempat, di sini, pada Isnin.

Program itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat menerusi UDA Cares: Project RE_ yang bertujuan menyantuni masyarakat selain memperkukuh hubungan antara UDA dan penduduk sekitar.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Johari Shukri Jamil berkata, pihaknya komited dalam memastikan manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan turut dirasai secara inklusif oleh komuniti setempat.

“Usaha seperti ini dapat menyemarakkan semangat kebersamaan serta keprihatinan yang selari dengan aspirasi UDA dalam membina komuniti mampan, holistik dan bersatu padu.

“Kejayaan syarikat bukan hanya diukur melalui keuntungan semata-mata, tetapi juga melalui peranan kami dalam pembangunan sosial dan rohani masyarakat, sejajar dengan tuntutan fardu kifayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, inisiatif itu turut mencerminkan nilai yang didukung oleh UDA melalui jenama ‘L.I.F.E.’ iaitu Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa) yang menjadi panduan dalam merealisasikan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Majlis Qurban itu memberi manfaat kepada lebih 100 penduduk dan ahli kariah kawasan pembangunan UDA, dengan penglibatan warga kerja syarikat yang turut bergotong-royong menyembelih dan mengagihkan daging korban kepada golongan layak di sekitar kawasan tersebut.

-Endn

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!