YaPEIM salur RM316,000 untuk program Santuni Madani di Johor

Mohd Na’im merasmikan Projek Pembangunan Komuniti YaPEIM peringkat Negeri Johor pada Sabtu.
Mohd Na’im merasmikan Projek Pembangunan Komuniti YaPEIM peringkat Negeri Johor pada Sabtu.
A
A
A

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM316,000 dalam Majlis Santuni Madani di Johor, pada Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia diberikan menerusi Projek Pembangunan Komuniti YaPEIM (PPKY) dan Program Sinar Lestari YaPEIM.

Menurutnya, YaPEIM mengagihkan sumbangan sebanyak RM150,000 dalam PPKY.

Mohd Na’im (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan.
Mohd Na’im (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan.

"Ia membabitkan sumbangan YaPEIM Didik bernilai RM20,000 dalam bentuk bantuan kewangan RM100 kepada 200 pelajar sekolah.

"Sumbangan YaPEIM Prihatin juga diberikan sebanyak RM20,000 dalam bentuk sumbangan satu set makanan bernilai RM100 kepada 100 keluarga.

"Pada masa sama, 10 keluarga yang ditimpa musibah dan bencana turut menerima wang tunai bernilai RM500 dan sumbangan sebanyak RM5,000 diberikan kepada Masjid Bandar Labis," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Mohd Na'im menyerahkan replika kunci kepada penerima Program Sinar Lestari YaPEIM.
Mohd Na'im menyerahkan replika kunci kepada penerima Program Sinar Lestari YaPEIM.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, YaPEIM juga memperuntukkan sumbangan usaha sama strategik kepada Pejabat Pembangunan Negeri Johor (ICU JPM) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM90,000.

Ujarnya, ia bagi mengenal pasti tiga calon penerima yang layak untuk dipertimbangkan bantuan baik pulih premis perniagaan dan sumbangan bagi majlis keraian serta kemasyarakatan berjumlah RM20,000.

Beliau berkata, YaPEIM juga mengadakan taklimat keusahawanan kepada komuniti setempat dan akan mengenal pasti individu yang berpotensi untuk dibantu menerusi program atau skim di bawah YaPEIM Niaga.

"Sebelum ini, PPKY melalui program Usahawan Komuniti YaPEIM membantu usahawan komuniti dalam mengembangkan potensi perusahaan melalui bantuan pembiayaan usahawan dan pemantauan jangka panjang.

"Projek yang mengambil masa selama tiga tahun ini merupakan satu pendekatan holistik dalam menyantuni masyarakat atau komuniti setempat dengan pelaksanaan aktiviti dan pemantauan berterusan," jelasnya.

Tambah beliau, YaPEIM turut menyerahkan dua rumah kepada penerima manfaat kategori keluarga miskin eKasih menerusi Program Sinar Lestari YaPEIM masing-masing di Muar dan Kulai yang bernilai RM166,000.

Katanya, dua penerima manfaat berkenaan ialah tukang cuci dari Kampung Sungai Alai, Muar iaitu Salasiah Paiman, 48 dan penjaja makan, Baharuddin Suandi, 55.

"YaPEIM berharap bantuan dan program seumpama ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah dalam kehidupan penerima manfaat.

"Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang sudi berinfak sekali gus membolehkan program bermanfaat seperti PPKY dapat dianjurkan,"

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!