Papan amaran buaya di sungai sekitar Masjid Jamek

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melaksanakan pemantauan dan tindakan lanjut berhubung video tular penampakan buaya didakwa di sungai sekitar Masjid Jamek, di sini.
Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya dalam proses untuk menaikkan papan tanda amaran di lokasi terbabit.
"Perhilitan sahkan memang ada penampakan buaya di sana.
"Kita sedang buat pemantauan dan dalam proses untuk menaikkan papan tanda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Terdahulu, rakaman video tular di media sosial Facebook sejak Jumaat, memaparkan seekor buaya didakwa ditemui dalam sungai di sekitar Masjid Jamek.
Video durasi 32 saat itu sempat dirakam orang awam yang melalui jalan berhampiran sungai berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
