Warga emas maut ketika dalam perjalanan ke surau

Seorang warga emas maut ketika dalam perjalanan ke surau selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Surau Abdul Ghani Balok pada Isnin.
- FOTO: IPD KUANTAN
Seorang warga emas maut ketika dalam perjalanan ke surau selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Surau Abdul Ghani Balok pada Isnin. - FOTO: IPD KUANTAN
A
A
A

KUANTAN – Seorang warga emas maut ketika dalam perjalanan ke surau selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Surau Abdul Ghani Balok di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, mangsa, Sudirman Kasim, 67, yang menunggang motosikal Honda Beat, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Kia Rio yang dipandu lelaki berusia 22 tahun itu datang dari arah Balok menghala ke Kuantan.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kereta tersebut sedang bergerak lurus sebelum tiba-tiba motosikal mangsa keluar dari persimpangan dan masuk ke laluan utama.

"Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!