Wanita warga Brunei maut ketika konvoi ke Tasik Bera

Keadaan lori yang remuk di bahagian hadapan (kiri), Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mangsa remuk akibat kemalangan dengan lori di KM 17 Jalan Bera Mayam pada Selasa. - Foto: PDRM
Keadaan lori yang remuk di bahagian hadapan (kiri), Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mangsa remuk akibat kemalangan dengan lori di KM 17 Jalan Bera Mayam pada Selasa. - Foto: PDRM
A
A
A

BERA - Seorang wanita warga Brunei maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang bertembung dengan lori di Kilometer (KM) 17 Jalan Bera Mayam di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Ili Aiman Abd Rahman, 38, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bera pada jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda Rebel 500 sedang mengikuti Konvoi 2,000 Selekoh Malaysia melibatkan kira-kira 25 peserta warga Brunei dari Kuala Lumpur ke Tasik Bera.

"Siasatan awal mendapati, motosikal terbabit datang dari Bandar Kerayong menghala ke Mayam.

"Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui selekoh, motosikal terbabit telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertemung dengan lori jenis Isuzu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu Zulkiflee berkata, akibat kemalangan terbabit, mangsa telah dibawa ke Hospital Bera dan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu lori bersama kelindannya, masing-masing berusia 28 tahun turut mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!