15 pelajar UPSI maut nahas: Sayu hati sembilan jam iringi jenazah rakan

Konvoi 19 van membawa jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula meninggalkan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menuju ke Jertih, Terengganu pada jam 8.55 malam tadi. Foto Bernama
Konvoi 19 van membawa jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula meninggalkan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menuju ke Jertih, Terengganu pada jam 8.55 malam tadi. Foto Bernama
A
A
A

JERTEH - Lebih 80 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sanggup meredah perjalanan hampir sembilan jam untuk mengiringi jenazah rakan mereka yang maut dalam nahas bas di Gerik awal pagi Isnin.

Kesemua mereka juga berkorban meninggalkan kelas dan menaiki bas untuk bertolak ke Terengganu pada jam 5.30 pagi.

Seorang penuntut Komunikasi Sosial, Naim Abdul Shomad, 23, berkata, kedatangan mereka mengikut prosedur yang ditetapkan dan dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar.

Naim mengakui sebak mengenangkan ahli keluarga mangsa yang baharu sahaja menghantar anak mereka selepas pulang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha tetapi tiba-tiba dikejutkan dengan kemalangan itu.

Penuntut UPSI membantu mengusung jenazah yang tiba di Masjid Hadari
Penuntut UPSI membantu mengusung jenazah yang tiba di Masjid Hadari

"Sepanjang hari saya menahan sebak mengenangkan ahli keluarga yang tidak puas bercuti dengan mangsa dan tiba-tiba menerima berita sedih ini," katanya.

Rakannya, Ahmad Danish Irfan Zainal Abidin, 21, pula sayu melihat ramai rakannya yang 'pergi' akibat kemalangan itu.

Kata Ahmad Danish, sebaik sahaja menerima berita insiden menyayat hati itu, dia terfikirkan reaksi keluarga yang berada dalam kesedihan.

"Saya tidak menyangka dua rakan, Nur Ainul Qistina Mat Ali dan Nurul Izyanti Muhamad Azahar meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

"Kami semua berduka dengan pemergian mereka dan ramai di kampus juga diadakan bacaan Yasin dan doa," katanya.

Ahmad Danish berharap bantuan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan UPSI dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa untuk proses untuk urusan terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!