UPSI hantar 160 pelajar iringi jenazah ke tanah perkuburan

TANJUNG MALIM - Seramai 160 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dihantar ke Jertih, Terengganu bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur–Barat, Banun, Gerik awal pagi Isnin.
Pegawai Kebudayaan Seksyen Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI, Mohd Halim Mat Zaki berkata, semua penuntut menaiki bas disediakan pada jam 5 petang.
Menurut beliau, penuntut yang terlibat terdiri daripada pelbagai fakulti termasuk rakan-rakan terdekat mangsa.
"Kita beri ruang kepada penuntut yang rapat dengan arwah untuk bersama-sama mengiringi dan memberi penghormatan terakhir kepada sahabat mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di
Mohd Halim memberitahu, pihak universiti menyediakan empat buah bas bagi membawa penuntut sebelum mereka bergerak ke lokasi pengebumian masing-masing.
"Setiap bas boleh memuatkan kira-kira 40 pelajar dan mereka dijangka tiba di Jertih lewat malam,” ujar beliau.
Beliau menjelaskan, sebaik sahaja jenazah tiba di kediaman keluarga, penuntut akan terus hadir memberi penghormatan sebelum bersama-sama ke tanah perkuburan.
"Kami akan terus ke kediaman keluarga mangsa dan seterusnya mengiringi ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian," ujar beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

