'Kami bukan katak'

Paul Yong (tengah) pada sidang media hari ini.
Paul Yong (tengah) pada sidang media hari ini.
A
A
A

IPOH - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Perak yang mengumumkan keluar parti semalam menyelar pihak yang menggelarkan mereka sebagai katak dan pengkhianat parti.

ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berkata, gelaran itu dianggap keterlaluan dan tidak tepat dengan situasi yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Perak.

Menurutnya, sebelum pengumuman keluar parti sebagai ADUN Bebas, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Besar ketika itu telah mencapai kata sepakat bersama UMNO dan Pas untuk membentuk kerajaan dengan majoriti 32 kerusi.

"Tindakan kami ini langsung tidak memberi sebarang impak dalam penubuhan mana-mana kerajaan atau erti kata lain, sama ada kami keluar parti atau tidak, ianya tidak boleh dikaitkan dengan punca pertukaran kerajaan.

"Tambahan pula kami hanya keluar parti dan bukannya menyertai parti lain, jadi dakwaan pengkhianat adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, ada sebahagian pemimpin DAP mengerahkan 'cyber tropper' untuk menyerang dan menyebar gambaran palsu demi mencapai matlamat supaya dapat memesongkan dan menipu rakyat.

Katanya, tindakan itu disifatkan kebudak-budakan dan langsung tidak menghormati politik matang.

"Dari semalam hingga ke hari ini, kami mendapat beratus malahan beribu mesej 'cyber tropper' yang tidak berhenti setiap minit menyerang kami di media sosial Facebook.

Artikel Berkaitan:

"Anak saya sedang belajar di England juga bertanyakan mengapa saya dilabel sebagai katak, jadi jika saya tidak suka cara mereka memerintah, apa salahnya saya keluar parti. Nanti bila mereka jatuh, saya boleh masuk semula," katanya.

Semalam, Paul Yong dan wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam daripada DAP serta ADUN Titi Serong daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim umum menjadi Bebas susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak.

Mereka turut menyatakan sokongan terhadap Ahmad Faizal selaku ADUN Chenderiang sebagai Menteri Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga ADUN Perak umum keluar PH