Nahas 15 maut: UPSI berduka

A
A
A

SHAH ALAM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan rasa sedih berikutan kemalangan yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Canselor UPSI menerusi satu hantaran di Facebook.

“UPSI berduka. Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini,” katanya pada Isnin.

Perkara itu dinyatakan Naib Canselor UPSI menerusi satu hantaran di Facebook.
Perkara itu dinyatakan Naib Canselor UPSI menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini, awal pagi Isnin.

Difahamkan, nahas sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan kemalangan tersebut melibatkan 48 mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!