15 maut nahas bas bawa pelajar UPSI di Gerik

Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan sebuah MPV di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini awal pagi Isnin. Foto ihsan APM Perak
Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan sebuah MPV di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini awal pagi Isnin. Foto ihsan APM Perak
A
A
A

GERIK - Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini, awal pagi Isnin.

Kematian melibatkan 13 mangsa di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.
Kematian melibatkan 13 mangsa di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan kemalangan tersebut melibatkan 48 mangsa.

Antara mangsa kemalangan yang cedera.
Antara mangsa kemalangan yang cedera.

“Kematian melibatkan 13 mangsa di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau di Hospital Gerik,” katanya.

Kemalangan dipercayai melibatkan 48 mangsa.
Kemalangan dipercayai melibatkan 48 mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!