RedONE Mobile teruskan tradisi korban bersama komuniti sempena Aidiladha

Mohd Nazmun (duduk tiga dari kiri) dan Steven (berdiri, kanan) bersama wakil rakan niaga dan komuniti pada program korban di Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan pada Sabtu.
Mohd Nazmun (duduk tiga dari kiri) dan Steven (berdiri, kanan) bersama wakil rakan niaga dan komuniti pada program korban di Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN – Syarikat telekomunikasi redONE Mobile meneruskan tradisi program korban bersama komuniti di negeri ini sempena Hari Raya Aidiladha, Sabtu lalu.

Pengurus Saluran redONE Pahang, Mohd Nazmun Mohd Noor berkata, pihaknya menyumbangkan dua ekor lembu bagi menyertai program tersebut di dua lokasi terpilih iaitu di Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan dan Masjid Ubudiah, Kampung Paya Luas, Temerloh.

Menurutnya, program korban di Masjid Lama Permatang Badak dianjurkan dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Pada program ini, sebanyak 19 haiwan korban ditumbangkan termasuk sumbangan daripada redONE sendiri.

“Alhamdulillah, program sembelihan yang bermula jam 9 pagi berjalan lancar dan agihan daging korban kepada para peserta selesai kira-kira jam 12.30 tengah hari,” katanya ketika ditemui di lokasi korban di Masjid Lama Permatang Badak, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Bahagian Jualan redONE Mobile Wilayah Timur, Steven Yong.

Sementara itu, Steven berkata, program korban telah menjadi tradisi redONE setiap tahun sejak 2014 bagi menghargai dan meraikan rakan niaga.

“Tahun ini kami meneruskan lagi program ini bagi Zon Timur dengan menyumbangkan enam ekor lembu, iaitu dua ekor bagi setiap negeri – Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Tahun ini juga buat julung kalinya program sama dilaksanakan di Sabah dalam usaha redONE Mobile memperluas inisiatif tanggungjawab sosial syarikat ke kawasan luar bandar di Malaysia Timur, sekali gus membuka lembaran baharu dalam menyantuni lebih ramai komuniti yang memerlukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tradisi tersebut juga merupakan tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat syarikat terhadap masyarakat.

“Program ini diadakan sebagai isyarat kepada masyarakat setempat dan rakan niaga bahawa redONE sentiasa di hati dan dekat dengan masyarakat,” ujarnya.

“Sempena majlis korban hari ini, redONE amat berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan niaga di Kuantan serta ahli jawatankuasa Masjid Lama Permatang Badak atas kerjasama yang diberikan, sekali gus menjayakan program ini seperti yang dihasratkan,” tambahnya.

Steven turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada setiap tahun sebagai tradisi menghargai rakan niaga dan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, katanya, redONE Mobile kini menawarkan Pelan Phone 5G Percuma kepada pelanggan setia lebih satu tahun dan juga kepada pelanggan baharu.

“redONE Mobile juga telah memperkenalkan tawaran terbaharu iaitu pelan postpaidPLUS dengan data tambahan dan kelajuan maksimum serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian,” katanya.

Menurut beliau, melalui pelan tersebut, pelanggan boleh menikmati sehingga 250GB data hanya dari RM38 sebulan.

“Orang ramai boleh berkunjung ke kedai redONE Mobile terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan postpaidPLUS baharu ini serta promosi menarik lain daripada redONE Mobile,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!