Agong, Permaisuri santap bersama keluarga sempena Aidiladha

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke majlis santapan bersama keluarga dan cucunda sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, pada Sabtu.
Turut berangkat, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bersama isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam, serta anakanda baginda.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, dan tiga adikanda baginda iaitu Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah, serta paduka anakanda mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
