Najib minta penyata akaun daripada Dzulkifli

Najib hadir bagi perbicaraan kes SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Najib hadir bagi perbicaraan kes SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Razak memaklumkan mahkamah, bekas Perdana Menteri itu pernah mengarahkannya mengambil penyata akaun daripada Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada 26 Februari 2016.

Ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi kes dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, beliau dapat mengingati dengan jelas arahan yang diberikan oleh Najib pada tarikh berkenaan.

Shafee: Apa arahan itu atau bagaimana arahan itu dibuat?

Shukry: Saya diminta mendapatkan penyata kewangan daripada Tan Sri Dzulkifli iaitu aliran keluar masuk akaun Datuk Seri Najib.

Shafee: Datuk Seri Najib minta Tan Sri hubungi Datuk Dzulkifli (kini Tan Sri) yang mana ketika itu menjawat Timbalan Pendakwa Raya?

Shukry: Ya

Shafee: Adakah Tan Sri hubungi beliau?

Shukry: Ya

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, Shukry bersetuju keterangannya adalah berdasarkan ingatannya pada lima tahun lalu.

Sithambaram: Bagaimana Tan Sri boleh ingat tarikh Datuk Seri Najib beri arahan untuk panggil Dzulkifli sedangkan ia sedah lima tahun berlalu.

Shukry: Tarikh itu saya lihat menerusi penyata bil telefon saya.

Sementara itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi keterangan selepas pihak pendakwaan membuat pemeriksaan balas terhadap Shukry.

Dzulkifli mengesahkan kepada mahkamah, ketika ditanya oleh Shafee berhubung permintaan oleh Shukry, mengenai penyata akaun Najib.

Dzulkifli yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beliau menyerahkan penyata berkenaan sebagaimana yang diminta oleh Najib.

Pada 11 November tahun lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRCInternational.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Perbicaraan hari ini yang memasuki hari ke-90 pihak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali disambung esok.