X

Kindly register in order to view this article
!

''Line up' baik, harap berfungsi dengan baik'

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU – Barisan Menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, merupakan ‘line-up’ paling baik dan memberi imej baharu yang segar kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan Perdana Menteri perlu dihormati semua pihak kerana ia dibuat setelah menerima pandangan dan cadangan daripada parti-parti yang terlibat.

Walaupun tidak seratus peratus memenuhi hasrat parti-parti yang ada, Mohd Amar berkata, namun ia tetap dilihat sebagai satu ‘line-up’ yang bagus.

“Satu ‘line-up’ yang baik, beri satu imej baharu dan segar kepada masyarakat. Berbeza dengan sebelum ini. Harap ia berfungsi dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum senarai Kabinet, lantik empat menteri kanan

“Fokus utama ialah memulihkan ekonomi negara dan susunan menteri-menteri kanan juga merupakan satu gabungan yang kuat serta boleh memulihkan kepercayaan dunia. Itu harapan kita,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan senarai anggota Kabinet dan 10 daripada menteri dan timbalan menteri yang baharu itu merupakan wakil rakyat dari Kelantan.

Menurut Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, pelantikan tersebut dianggap memberi nafas baharu kepada rakyat di Kelantan untuk menunggu pembangunan ekonomi yang lebih baik serta menyelesaikan beberapa isu di negeri tersebut termasuk harapan kerajaan negeri agar lantikan itu memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Kelantan.

“Harap kita boleh ‘catch-up’ balik pembangunan dan sebagainya yang sebelum ini diketepikan. Itu harapan kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai barisan Kabinet baharu itu Mohd Amar berkata, pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), adalah keputusan yang perlu dihormati semua pihak memandangkan ia tidak bercanggah dengan apa-apa isu.

“Kenapa, apa masalahnya? Saya rasa beliau tidak perlu masuk parti mana-mana pun untuk jadi menteri, tiada parti pun tidak apa. Bila seorang mufti diletakkan sebagai Menteri Agama, maka imejnya adalah lebih baik daripada yang dulu.

“Beliau juga disenangi semua pihak, tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Ini satu perkara istimewa berbanding kalau letak orang berparti, mungkin jadi kontroversi. Kalau neutral, maka ia akan beri imej positif,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!