Covid-19: TNB laksana pembersihan pejabat

Inscription COVID-19 on blue background. World Health Organization WHO introduced new official name for Coronavirus disease named COVID-19
Inscription COVID-19 on blue background. World Health Organization WHO introduced new official name for Coronavirus disease named COVID-19
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif dalam usaha mencegah jangkitan koronavirus (Covid-19) secara menyeluruh dengan melaksanakan proses nyah kuman yang melibatkan Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar, Wisma TNB di Jalan Timur, Petaling Jaya, dan semua cawangannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Korporatnya Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, proses nyah kuman dan pembersihan persekitaran pejabat itu dilakukan pada 7 dan 8 Mac lepas dengan tujuan memastikan semua warga kerja dan pelawat berasa yakin terhadap tahap keselamatan dan kebersihan pejabat TNB.

Beliau berkata, sejak minggu lepas TNB telah mengambil langkah waspada bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dengan melakukan saringan kesihatan kepada semua warga kerja dan pelawat di semua pejabat TNB.

"Setiap pegawai Kedai Tenaga yang berurusan dengan pelanggan dibekalkan dengan topeng muka. Cecair pembasmi kuman turut disediakan di premis bagi kemudahan pegawai dan pelanggan. TNB juga menjalankan pemeriksaan suhu badan pegawai dan pelanggan di Kedai Tenaga seluruh negara," katanya.

Katanya, pembersihan di Kedai Tenaga terutama pada pemegang pintu, kaunter, tempat duduk dan kiosk pembayaran juga dilakukan tiga kali sehari menggunakan cecair pembasmi kuman agar pelanggan dapat berurusan dengan lebih yakin. - Bernama

Artikel Berkaitan: