X

Kindly register in order to view this article
!

Stor barangan terpakai pasar raya terbakar

Bomba memadam kebakaran membabitkan stor barangan terpakai sebuah pasar raya di Sungai Buloh semalam.
A
A

KUALA SELANGOR - Stor barangan terpakai sebuah pasar raya di Sungai Buloh di sini terbakar semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor Penolong Penguasa Bomba Ismail Zakariya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 petang semalam.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dari BBP Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati stor barangan terpakai milik pasar raya itu dan kawasan belukar sekitar terbakar," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kira-kira 12 minit selepas operasi dijalankan.

"Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!