Peniaga didenda RM3,500 jual rokok bawah harga minimum

Wei Lian (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa atas kesalahan menjual rokok di bawah harga jualan minimum.
Wei Lian (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa atas kesalahan menjual rokok di bawah harga jualan minimum.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pemilik kedai runcit didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah menjual rokok di bawah harga jualan minimum.

Tan Wei Lian, 37, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menjual produk tembakau jenis rokok melalui pekerjanya pada harga yang tidak mematuhi kadar minimum seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.05 pagi di premis miliknya di Jalan Jakar, Chukai di sini pada 26 November tahun lalu.

Antara barangan kes yang dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa.
Antara barangan kes yang dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14(5)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Mohd Nasir Mohd Shaari dan Alias Awang Kechik.

Difahamkan, Wei Lian merupakan individu pertama di Terengganu yang didakwa mengikut peruntukan undang-undang itu.

Artikel Berkaitan:

Wei Lian (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa atas kesalahan menjual rokok di bawah harga jualan minimum.
Wei Lian (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa atas kesalahan menjual rokok di bawah harga jualan minimum.

Sebelum ini, taktik menjual rokok dengan harga rendah bagi menarik pembeli terbongkar selepas pasukan penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan serbuan di premis tersebut.

Dalam serbuan itu, sebanyak 969 kotak rokok pelbagai jenama dirampas dengan nilai anggaran hampir RM6,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!